Ciri ciri sugar glider platinum

Penerangan oleh Bro Farhan SGE

soalan dari rakan kita : Bagaimana untuk menentukan jenis Platinum??.

kacukkan induk dibawah, dan mendapat anak seperti TPM ( True Platinum Mosaic).

induk:Plat x leu.. tetiba anak dapat seperti gambar dibawah ini 👇

ini jawapan dari Farhan Glidexotic.

Dapat anak mcm ni. Ya Ini TPM. Jelas character ada di situ. (Seperti gambar diatas)Mungkin leu tu mocistic. Sebab tu boleh kena TPM.

Info tambahan : Nak tau TPM atau tak. Bukan sekadar tgk bulu, kena tahu background lineage glider tersebut. Baru boleh buat penilaian.-

Soalan kedua bagaimana tentukan Jenis Mocistic?jawapan :

👇Mocistic. Leu yang ada character mosaic di badan. Cuma dekat leu character mosaic ni tak boleh nak nampak dengan mata sebab bulu dia full white. Tapi kadang2 boleh la tgk ada tanda2 di telinga( jarang-jarang).

Mocistic sama kelas dgn TPM, Creamino mosaic, albino mosaic, dan apa2 reccesive yang ada character mosaic.Leu ada stgh mmg ada yg jenis hujung2 ada hitam. Tapi utk mocistic ni mmg tricky. Susah nak tgk. Nak tau cuba pair dgn cg atau wf yg tiada het. Kalau anak dia tu jadi mosaic. Ye dah leu tu mocistic.Sebab tu lineage sgt penting, kalau leu tu turun dr generasi mosaic, berkemungkinan dia mocistic. Mcm TPM, cream mo semua tu mudah nak tgk. Sebab boleh nampak di bulu dia character tu. Kalau jenis putih semua ni yg bermasalah nak teka kalau tgk dr segi physical sahaja😅

contoh gambar dari Sumber Glidexotic

kesimpulannya : Dari sudut pengalaman cdfexotic.com dalam menghasilkan TPM harus mempunyai genetik atau generasi mosaic dahulu manakala untuk melihat jenis luecistic menjadi mocistic mestilah dikacukkan selain dengan baka mosaic. sebagai contoh, (Luecistic x grey) keluar anak mosaic.atau ( leucistic x white face ) keluar anak mosaic. atau ( Leucistic x Platinum ) keluar anak Mosaic atau True platinum mosaic. semoga bermanfaat info diatas untuk anda semua.

150 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.