Tanya pandangan untuk membeli sugar glider

” Amaran : Setiap sugar glider yang dijual mempunyai pelbagai watak yang berbeza dan cara jagaan juga berbeza mengikut jurujual anda, catatan dibawah ini disediakan kepada mereka yang inginkan kelainan pandangan oleh kami.”

Pilih saiz dan umur sugar glider.

Reject joey / sugar glider baby yang dibuang oleh induk betina. Induk betina (ibu) tidak menyukai anaknya. Anak yang baru keluar dari kantung diantara umur 1 hari atau ada sehingga umur 14 hari keluar kantung( out of pouch /oop) akan ditendang atau dicakar dan akan mendapat kesan luka dibahagian hidung,muka atau mata. Ada yang boleh hidup ada juga yang telah dimakan oleh induk.

Jika kita perasan awal, kita boleh selamatkan dengan pisahkan awal dan perlu dijaga dengan rapi. Bagaimana cara jagaan tersebut, gambar ini jenisnya dan anda boleh lihat pautan link dibawah gambar untuk melihat bagaimana cara menjaganya supaya cepat besar dan sihat.

Luka dibahagian muka

link : https://cdfexotic.com/cara-jaga-reject-joey-cara-kami-cdf-proven/

Baby kecil umur 1bulan

sugar glider saiz kecil pula saiz ini yang biasa banyak dijual dipasaran, umur diantaranya 1bulan. Biasanya umur ini berat sugar glider 20gram hingga 28gram.

Peminat lebih suka oleh faktor mudah dijinakkan, kerana lebih kecil tetapi harus diingatkan cara menjaganya perlu teliti.

Sugar glider saiz ini, masih tidak pandai makan sendiri, secara fizikal saiz ekor masih kuncup, masih belum kembang dan muka kecil . Pemilik baru yang berkaitan . sugar glider ini setelah dipisahkan awal ,jagaan perlu dijaga rapi dan diajar makan dan boleh berdikari makan sendiri dengan pemakanan yang betul supaya tidak berlaku kematian ,lumpuh kaki belakang, saiz terbantut dan pelbagai lagi.

Punca yang sering terjadi saiz ini, najis belum solid atau mudah mengalami cirit birit, boleh mendapatkan ubat yang sesuai untuk merawat.

Gambar dibawah ini jenis saiz sugar glider kecil dan telah diajar makan dan badan mula besar serta ekor mula kembang

sugar glider 1bulan sebelum dan selepas

contoh gambar testimoni yang lain.

20gram sebelum,kini sudah 49gram

ingin belajar cara menjaga ,sekiranya anda sudah terbeli sugar glider kecil. Boleh tekan link dibawah ini

https://cdfexotic.com/cara-ajar-glider-makan-cdf/

Baby kecil umur 2bulan keatas 3bulan.

2bulan keatas umur jika pemilik tidak memisahkan awal dari induk, saiz lebih besar dan berat sekitar 40gram hingga 50gram atau lebih berat lagi. Jenis ini biasanya pemilik yang kerap sentuh dan watak sugar glider itu mudah mesra dan jinak, ada yang dijual dengan harga yang mahal seandainya bulu lebih gebu dan sihat dan lebih manja.

Ada juga pemilik yang ingin membeli harga murah dengan keadaan sugar glider saiz tersebut tidak berapa jinak atau ada juga yang garang. persoalannya adalah subjektif bagi peminat dan semestinya setiap sugar glider yang dibeli perlulah dijinakkan juga bersama tuan baru atau disebut proses ” bonding

Saiz ini kebiasaanya sudah pandai makan sendiri, sebaiknya pemilik baru pastikan kesihatan sugar glider itu sihat ,bulu gebu dan jika sebaliknya cepatlah kuarantin dan perbetulkan semula pemakanan harian.

Maksud kuarantin – dapatkan nasihat pakar dan ubatan yang diperlukan serta makanan harus diperbaiki.

contoh gambar sugar glider umur saiz 2 bulan keatas

sugar glider umur 2bulan keatas

Setiap pemilihan sugar glider semua berdasarkan berapa harga bajet pemilik baru untuk membela, kami berharap bukan membela 1-1bulan, cuba bela sehingga bertahun, semoga rujukan ini dapat membantu anda dalam pemilihan saiz sugar gliders. Semoga maju jaya

159 total views, 1 views today