Cara Menjinakkan Sugar Glider

 

Apa yang di maksudkan dengan sugar glider jinak ?

Jinak bermaksud tidak liar ( buas,  garang,  galak dan lain lain.

Setelah sekian lama menceburi dunia haiwan khusus sugar glider,  kami berpendapat sugar glider jinak merujuk kepada :

1) Naluri semulajadi

Sugar Glider pada asalnya haiwan liar yang mempunyai sifat melindungi diri sendiri dengan mengigit pemangsa apabila rasa tidak selamat atau terancam, dan mempunyai sifat manja secara semulajadi, malah tidak hairanlah sugar glider ini kita lihat sangat manja pada pemiliknya.

2) pembakaan / perwatakkan induknya

Glider jinak atau tidak jinak boleh merujuk kepada baka dan perwatakkan induk juga, contoh glider A ( induk baik)  disatukan bersama glider B ( induk separa baik)  kebarangkalian boleh terhasil anak dua ekor mewarisi baik dan separa atau kedua ekor baik baik atau kedua separa baik/ tidak jinak/ garang.

Boleh juga berlaku  kedua ekor induk baik, tetapi anak yang lahir boleh jadi garang atau separa garang, tidak mustahil kerana berkait rapat pada naluri semulajadi yang dibincangkan tadi. Senang kata lain bagi kamu faham kita panggil anak sugar glider yang baru lahir berlajar dari ayah dan ibu nya.

Setelah anda faham perbincangan tadi, kami akan berikan bagaimana cara menjinakkan haiwan yang anda beli . Diingatkan ya, cara jinakkan haiwan ini berbeza beza mengikut persekitaran dan perangai glider.

 

Tips : 5 Jenis perangai sugar glider yang terhasil setelah dijinakkan

 

1) kurang berbunyi ‘ crabing’ ,bila ingin ambil di sangkar bunyi kurang, bila bermain ditangan glider tidak buas/ tidak gigit

2) kurang mengigit, ada setengah bila kita bermain dengan glider jinak, bermain dibadan atau tangan, ada jenis perangai suka mengigit manja, tetapi boleh dibelai sehingga tidur ditangan.

3) bila ingin beri makan, glider datang kepada anda tetapi bila disentuh akan lari atau tidak mahu dipegang, bila dipegang dan bermian ditangan, sehingga boleh tidur.

4) ada pula jenis, waktu makan suka disuap, tetapi bila tengah tidur,  tidak suka dipegang dan ada kala suka mencubit manja.

5) selama berbulan atau bertahun membela yang jinak , tidak suka bunyi / ‘crabing’ tidak gigit, boleh berlaku apabila keadaan sekeliling atau dalam keadaan stress, sugar glider boleh mengigit jari tuan sehingga berdarah.

Dan banyak lagi sebenarnya, ini kita boleh belajar apabila anda membela dan mengenali perangai glider tersebut.

Jika anda mempunyai salah satu kes diatas, jangan risau, sugar glider kamu  masih jinak dan sama sekali merujuk perangai, naluri, persekitaran, induk.

kami akan ajar cara , rahsia teknik menjinakkan….. Hhehe…

 

 

5 Tips: cara menjinakkan  sugar glider

1) isi didalam bonding pouch,  letakkan tangan anda bersama glider, sehingga tangan anda berpeluh dan glider menjilat peluh anda.

2) bermain atau sesi suai kenal pada waktu pagi, tenghari atau petang, supaya glider tidak takot dengan anda,

3) berikan makanan secara ‘handfeed’ biasa pada mulanya akan mencubit jari, tetapi jangan risau, glider akan cuba menjilat jari anda yang ada makanan, kerap dilakukan sehingga glider sudah percaya yang anda tuan dia.

4) rajin membawa keluar / travel bag, bawa keluar taman yang ramai orang, supaya glider tidak haiwan bunyi bising dan pelbagai bunyi persekitaran

5) rajin tukar kain baju berbau peluh anda letak didalam bekas tidur atau kain perca letak dibawah ketiak anda, kasila berbau anda dan masukkan kedalam tempat tidur

Mungkin anda tertanya, ehhh mcm mne glider orang tu,boleh je biarkan atas badan ,relex je tidak lari,

Jawapan : berkaitan dengan penjelasan awalan tadi dan merangkumi perangai,mungkin anda nampak dia ok bermain,tetapi semasa ingin ambil glider berbunyi. Itu yang kami jelaskan tidak semua glider akan sama perwatakkan, anda boleh cuba teknik diatas.

Penah terjadi, glider bersama tuan lama sangat baik,tetapi apabila bersama anda,glider mula penakot, itu yang kita maksudkan selepas membela anda kenali perangai dan cuba lakukan teknik diatas.

Anda kena bersabar dan rajin berusaha,

 

He… hehe…   Korang ada idea?  Apa sahaja pendapat boleh wasap sini

Www.wasap.my/60122662239/caraajarglidermanja

Sugar glider di malaysia

508 total views, 1 views today