JENIS CORAK dan harga GLIDER


Clasic grey ( normal color)

Clasic grey kebiasaan yang kita lihat banyak terjual dipasaran. Harga seekor pada tahun 2018 sekitar rm130 hingga rm180. Pada tahun 2021 (rm140-200) itu pun lihat pada jinak atau tidak.

  White face / white face blonde

Dikenali wf/wfb, ketegori unik bahagian pipi sahaja,  dan warna kelabu Agak cair dari biasa,  harga seekor pada tahun 2018 , rm 250- rm350. pasaran 2021 masih sama.

Leucistic ( putih bulu @ mata hitam)

Wah, ini unik kerana mempunyai resensif genetik, boleh baca resensif pada info sebelum ini.  Putih semua, dan harga rm900- hingga 1500.00. Pasaran 2021 sudah ada perubahan disebabkan pembiakan telah meluas . Harga seekor sekitar 800-1200.

Mosaic / pelbagai corak campuran hitam putih

Kalau dilihat dari gambar, pelbagai corak hitam dan putih bertompok,  harga berbeza dari keunikkan corak, kalau di malaysia tahun 2018 ini,  corak yang tidak ramai ada, harga tinggi sedikit, kategori mosaic paling menawan apabila warna hitam dan putih contra terang. Harga rm 700- rm1500. Pasaran 2021 masih sama mengikut jenis corak . Cuma Gred C pasaran sudah jatuh.

Ringtail / ekor bercorak seperti bulatan gelang

Singkatan nama RT,  rt di malaysia tahun 2018 tidak ramai memiliki corak gelang yang terang, kebiasaanya pudar dan yang membeli mempunyai minat tersendiri, apa yang Best,  rt boleh menghasilkan pelbagai variation seperti whitip/ mosaic / minimal color. Harga rm680- 1100. Pasaran 2021 tetap sama hanya beza pada jenis corak biasanya gred C pasaran sudah sehingga 400-600 seekor.

Creamino / bermata merah gelap serta berbulu seakan coklat cair

Cremino baka resensif sama seperti baka luecistic,  harga 2018 seekor rm1400-1800, untuk peminat yang ingin menyimpan koleksi baka mata merah, amat sesuai untuk memilih ini. Wah ini Paling Lumayan. Pasaran 2021 menjadi treding, Harga seekor sekitar 1500-2k. Nasibla jika ada yang offer.

Albino /bermata merah terang serta berbulu putih

Harga seekor rm1800-rm2500. Pasaran malaysia 2018, harga albino sudah murah berbanding tahun sebelum ini.  Anda boleh lihat dimana mana iklan. Pasaran 2021, Mengenangkan stok susah ada Albino kerana boleh menghasilkan caremel albino. Pasaran pure albino Rm2.5k hingga Rm3 ribu. Untuk het pula pun harga sekitar 700-1k, ikut pada berapa percen het.

Platinum

Satu lagi baka unit dikenalai sebagai platinum, di malaysia sangat jarang ditemui,  biasa harga seekor rm1500-rm 2000. Platinum sangat cantik, jika pandai memilih pasangan, boleh menghasilkan baka seperti true platinum mosaic / tpm.

Hai mekasih sudi membaca,  diharapkan anda boleh memahami harga pasaran tahun 2018, cuba bertanya pada jurujual jika anda sebarang offfer….  Dan pastikan adalah original,  dan diharapkan anda tahu menilai harga haiwan sugar glider ini ya…

True Platinum

Hai mekasih sudi membaca,  diharapkan anda boleh memahami harga pasaran tahun 2018 sehingga 2021, cuba bertanya pada jurujual jika anda sebarang offfer….  Dan pastikan adalah original,  dan diharapkan anda tahu menilai harga haiwan sugar glider ini ya…

Boleh juga layari page fb kami CDF sugar glider

Ada soalan wasap saja 0122662239

881 total views, 1 views today