Ramai yang bertanya kepada kami. Bagaimana dalam pemilihan sangkar dan cara ternakkan glider.
Sugar glider haiwan yang mudah membiak, dan mudah mati apabila makanan tidak betul atau kurang makan.
SANGKAR – kelesaan sangkar amat baik ditekankan dan mengikut keadaan persekitaran rumah /ruang anda. Elakkan penggunaaan sangkar yang terlalu kecil.
Sugar glider yang berpasangan dan matang akan terus membiak, setelah membiak akan berhasil anak sugar glider atau berkembangla satu kloni baru sugar glider.
SOALAN
Soalan 1 : boleh ke sugar glider duduk besama satu keluarga ?
Jawapan 1 : boleh duduk satu kloni sugar glider tetapi, mempunyai risiko juga. Kemungkinan induk akan berkawin sesama anak anak mereka. Maka dengan ini , anak yang dilahirkan dengan satu keturunan sama boleh melemahkan sistem badan / boleh membawa umur yang pendek/ kecacatan/ dan lain lain.
Bagi pendapat lebih baik anda pisahkan ke pada sangkar lain. Jika tiada ruang atau tiada sangkar, ini risiko yang akan terjadi adalah ” BERKEMUNGKINAN cacat atau umur pendek”
Jawapan 2 : jika anda tujuan untuk berniaga. Setelah anak putus susu atau sudah pandai makan sendiri tanpa harapkan induknya, anda boleh la menjual dalam keadaan sugar glider sihat dan berdikari makan sendiri. Jika anda tidak mahu menjual kerana sayang dan sebagainya atau tidak mahu mereka membiak. Jawapan yang terbaik pada akan datang untuk anda adalah, anda sebagai pembela yang minat membela sugar glider ini, boleh pisahkan jantan dan betina . Beli 2 sangkar baru atau DIY ,ikut mana yang mudah untuk anda, buat 1 sangkar kloni jantan dan 1 sangkar kloni betina.
Mereka akan hidup dan tidak akan tertekan. Pastikan makan mencukupi ya.
Kalau tidak mencukupi makan boleh menyebabkan kematian atau sakit nanti.
Semoga infomasi ini sangat berguna pada masa akan datang.
Terima kasih. Sila tekan menu untuk semua tips dan info yang menarik berkenaan sugar glider
394 total views, 1 views today