Tip kurangkan dan hilangkan bau sugar glider

MASALAH BAU YANG ADA PADA SUGAR GLIDER

  • Sugar glider mempunyai kelenjar bau semulajadi, fungsi bau yang terdapat pada sugar glider untuk menandai daerah yang disukainya atau menanda kawasan yang ditakluk ( kawasan akunya punya).
  • Kelanjar bau terletak pada kepala ,ditengah dadanya dan bahagian duburnya
  • Waktu bau yang paling kuat berlaku dalam beberapa hari oleh sebab sugar glider dalam proses berkenalan atau mereka cuba kawin .
  • Bau yang terhasil seperti hanyir ikan atau telur busuk , jangan risau bau ini adalah normal dan tidak merbahaya kepada kita . Bau kelenjar ini bukanya setiap hari anda bela akan bau. Jangan risau anda tetap boleh mencium sugar glider anda.

CARA MENCEGAH BAU PADA BADAN SUGAR GLIDER – hilangkan bau sugar glider

  • Bau pada sugar glider tidak boleh dihilangkan terus hanya boleh mencegah sahaja.
  • Dinasihatkan pembela tidak kerap mencuci sangkar, maksudnya elakkan setiap hari anda mencuci satu sangkar atau kain tidurnya atau membersihkan memandikan sugar glider setiap hari. Hal ini penyebab utama bau akan terhasil dari kelenjar sugar glider.
  • Jika ingin mencuci sangkar hanya cuci bahagian lapik sangkar yang terletak segala najis dan kencingnya. Bahagian lain sangkar anda boleh cuci dua minggu sekali bergantung pada kerajinan anda.

KAMI  KONGSIKAN TIPS DAN PENGALAMAN BERKESAN KAMI DALAM MENGURANGKAN BAU SANGKAR SUGAR GLIDER SERTA BAU YANG KERAP TERHASIL PADA SUGAR GLIDER.

  1. PILIHAN SANGKAR

Keadaan sangkar – bahagian lapik lantai mestilah mempunyai jaring , jangan guna sangkar seperti sangkar hamster, bahagian lantai jangan dibiarkan kosong, letakkan pasir kucing yang sesuai seperti pasir kucing  tidak melekat atau habuk kayu yang keras .

Pasir itu boleh ditukar 1week sekali atau 2 week sekali bergantung bilangan sugar glider didalam sangkar. KAJIAN kami membuktikan keadaan sangkar lebih kemas dan bau najis dapat dikawal. Ada kalanya sehingga 1bulan tanpa perlu ditukar. NASIHAT kami mengikut kerajinan anda dan tahap kekemasan anda menjaga sugar glider.

Tujuan  pasir yang khusus adalah untuk mengelakkan campuran najis dan air kencing bercampur ini akan membuatkan ammonia menjadi kuat sehingga akan memberikan anda tidak selesa.

  • PEMILIHAN MAKANAN

Faktor penyebab membuatkan sangkar berbau dan kotor adalah pilihan makanan yang tidak tepat dan anda terlampau memberikan pelbagai makanan harian. PENGAMBILAN protein yang terlebih memberikan kesan kepada bau pencernaan lebih busuk kerana protein yang terlebih tidak dicernakan dengan sempurna.

  • RUANG PENGUDARAN RUMAH

Udara dalam rumah perlu mempunyai udara keluar masuk bukanya keadaan ruang yang terpenggap .

Jika anda ingin letakkan sugar glider di luar rumah pastikan jangan keadaan glider terkena bahang cahaya panas , boleh menyebabkan sugar glider STROK HABA lalu akan berlaku kepada kematian

85 total views, 1 views today