Teknik 3 – tanpa lampu akuarium

Kaedah mudah menjaga sugar glider bawah umur.

Sugar glider bawah umur ini harus dijaga dengan tahap ketelitian yang tinggi. Mari kami kongsikan dibawah ini.

Kebiasannya saiz sangat kecil, mata belum dibuka, bahagian bawah perut masih belum mempunyai bulu serta ekor yang sangat kecil.

Kebiasanya cara melihat sugar glider yang kecil ini terjadi oleh sebab induk masih baru / jenis tidak pandai jaga anak / kekurangan nutrisi pada induk/ stress dan lain lain penyebab. Penyebab ini susah untuk dikenal pasti secara punca tepat. Kerana sugar glider yang sudah 5tahun atau 10 tahun yang penah menjaga anak sebelum ini pun boleh berpotensi menjadi seperti diatas.

Jangan risau, kami ingin kongsi teknik dan kaedah mudah sekiranya terjadi pada anda, ini satu pengalaman baru untuk anda sebagai peminat haiwan sugar glider comel ini.

Jenis Peralatan yang diperlukan :

  1. Bekas akuarium
  2. Cdf replacer khas
  3. Kain 1@ 2 helai
  4. Tisu
  5. Picagari khas

Kaedah Menjaga 5 kali sehari.

1) bancuh cdf replacer sukatan 1sudu kecil bersama 1 sudu kecil air suam.

2) sedutkan 1ml gunakan picagari khasnya. Jika ada lebih boleh simpan di peti ais untuk digunakan semula. Atau bancuh jangan terlebih.

3) ambil sugar glider dan dibalut dengan tisu, untuk memudahkan semasa memberi makan

4) halakan picagari dan dipicitkan sedikit demi sedikit sehingga lidah ingin merasaka cdf milk replacer. Cara ini akan ditujukkan di dalam video ini .

Tekan gambar untuk link ke video.

Sugar glider jinak

5)  Setelah selesai lapkan bulu badan yang terkena makanan tadi serta buangkan najis dan air kencing dengan tisu . Dan diletakkan semula kedalam akuarium. Tujuan akuarium untuk mengawal suhu dari kesejukkan. jika suhu sejuk masalah kurang makan akan berlaku .tekni ini juga boleh digunakan secara lampu atau lapikkan kain tebal di dalam akuarium.

Sila tekan gambar dan Video akan berhasil.

Sugar glider baby

             https://youtu.be/U755in599zA

6) ulangi kaedah ini 5 kali sehari atau yang mana terdahulu .janji perut tidak kelaparan. Jika lapar boleh memudaratkan lagi keadaan.

Bawah badan da tumbuh bulu dan najis ok

Jika memerlukan bantuan atau pertanyaan boleh hubungi kami .

662 total views, 1 views today