SOALAN & JAWAPAN (Q&A)

Q – Saya ingin beli baby glider?
A – Boleh beli baby jika itu kemahuan, ada dua keadaan, baby yang sudah berdikari makan / masih mengharapkan susu ibu100%.
Kesan buruk – baby kecil yang tidak cukup nutrisi boleh sebabkan keguguran bulu, terbantut pertumbuhan, jika makanan tidak sesuai.
*** PASTIKAN MEMBELI BABY YANG TELAH BERDIKARI MAKAN sendiri. elakkan pemberian buah/SAYUR/ Ulat kepada baby dahulu.

Info wajib anda lihat jika anda pertama kali membela. 

Cara fizikal melihat umur Glider

Q- BAGAIMANA CARA JINAKKAN SUGAR GLIDER?
A – asas utama mesti kerap pegang / komunikasi diantara anda dengan haiwan anda. (sesi suai kenal).
-konsisten bermain pada waktu tengahari sekurangnya 30min
– waktu malam pula rajin dengan pemberian makanan.
– jika kuat mengigit, pegang guna kain. Banyak lagi tips lain boleh bertanya wasap kami . kami akan berikan link group kami.

Q – BOLEH ATAU TIDAK MEMBELA SEEKOR SUGAR GLIDER?
A- boleh , dalam tempoh 3bulan, dalam masa itu, rajin bermain, rajin memberikan makan sihat . Kami mencadangkan selepas itu cari pasangan / sama ada betina /jantan. Jika tidak mahu biak, cari sesama jantina.
link cara cara dibawah:

Cara Menyatukkan Glider

Q- BAGAIMANA CARA GUNA CDF POWDER ?
A- Untuk produk cdf sahaja. Sukatan seekor perlu 3-4gram powder sehari. Jika dibancuh seperti 1sudu kecil powder + 2sudu besar air. Kacau dan hidang. Kami berikan link visual👇🔗
Cara youtube dibawah

MAKANAN HARIAN SUGAR GLIDER

Q- KENAPA GLIDER MAHAL DAN MURAH
A- glider mempunyai pelbagai variasi corak/ baka. Kualiti tertentu, anda boleh google untuk melihat keunikkan warna glider.

contoh link ini🔗👇

JENIS CORAK dan harga GLIDER

Q- SAYA MEMBELA DUA EKOR SUGE GLIDER, CARA BNCUHAN UNTUK 2 EKOR?
A- cara bancuh anda” darab” 2. seekor 1 sudu kecil cdf + 2 sudu besar air. Dua ekor pula anda boleh buat sukatan 2sudu kecil cdf+ 4 sudu besar air, jika inginkan cair sedikit boleh kurangkan sukatan air 3sudu besar. Kacau dan hidang pada bekas makanan. 

Q- JIKA SAYA INGIN KURANGKAN SUKATAN PEMBERIAN MAKAN BOLEH?
A- kami mensyorkan mengikut sukatan tujuan untuk mengelakkan kekurangan nutrisi serta membantu mencantikkan bulu serta mendapat khasiat lain. Tekan link 🔗👇
Lihat testimoni

TESTIMONI PRODUK CDF

Q- SAYA BUDAK LAGI ATAU MASIH BELAJAR, ADA TAK CARA UNTUK JIMATKAN KEGUNAAN MAKANAN HARIAN SUGAR GLIDER, SAYA INGIN SUGAR GLIDER DAPAT KHASIAT CDF?
A- Kita faham ada yang mampu ada yang kurang mampu dalam membela sugar glider. Bagi produk kami harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah dengan kualitinya, tapi tiada masalah, kami akan bantu, jika anda mempunyai peti ais boleh mencuba.. Klik link dibawah👍👇🤝🔗

CARA membuat CDF SMOOTIES

Q- JIKA saya tiada peti ais, tetapi ingin jimat duit?
A- jika anda betul betul inginkan penjimatan, kami menasihati anda. Contoh. 1minggu ada 7 hari.
Hari 1-3 bancuh cdf powder, hari 4,buah( buah yang selamat dan jimat, dan buah yang sambil anda makan, sambil kongsi pada glider, buah apple/pear/jambu air/tembikai susu (yang selamat).
Hari ke 5 cdf, hari keenam buah, hari ketujuh cdf kembali.
**** jika guna konsisten, biasanya positif kebaikan akan perolehi awal.

Q- SAYA DENGAR SEMUA KASI APPLE,BOLEH KE? 
A- boleh diberikan dengan kadar yg betul atau minimal, apple tinggi fosforus, penyebab lumpuhkan kaki belakang glider. Tetapi jika anda ada ingin berikan apple juga, boleh sekadar minimal dan anda harus konsisten CDF, setiap hari, sehari sekali mengikut sukatan. Tidak memberikan kesan negatif tersebut, kerana kandungan CDF sudah dapat mengawal lumpuh kaki. Tetapi bukan anda lupakan harian CDF. 
Kerana cdf telah diformulasikan dengan bahan yang baik, dan lengkap bersama kalsium ,vitamin mineral memberikan penyerapan yang baik kepada sistem badan sugar glider.

Q- cukup ke, sehari 1kali cdf bagi makan pada glider?
A- cukup sebenarnya dengan konsisten harian cdf , kami telah dibuktikan melalui RND pembiakan kami sejak 2010-2020.
Kami telah banyak menghasilkan pelbagai variasi dan pembiakan pantas serta sihat sihat. Jika sugar glider anda telah ada baby di poket,janganla hidang sehari saja makan. hidangan perlu extra untuk anak didalam poket. ( Sugar glider  mempunyai baby, kekerapan pemberian makan ok).
Kami membantu anda guna sambil mendapat kualiti dan jimat wang anda. Saya yakin dengan apa yang kami berikan pengalaman kami dapat membantu membela sugar glider dengan mudah.

Q- BAGAIMANA jika saya bagi 2kli sehari?
A- boleh bagi. Jika anda ingin begitu,kami mensyorkan sukatan waktu pagi 1/2 sudu kecil cdf + 1sudu besar air.
Dan belah malam ikut sukatan normal pada label CDF. (Sukatan 1sudu kecil cdf + 2 sudu besar air).
Atau pagi buah sedikit sahaja malam boleh berikan cdf seperti biasa.

Jika anda mempunyai masalah.

Boleh wasap kami di 0122662239/  atau rujuk agent sah anda.

Q- BAGAIMANA DIET UNTUK INDUK YANG MEMPUNYAI ANAK SEMASA MENYUSU?
A- ibu mesti lebihkan protien dalam pemakanan. Untuk cadangan pengunaan CDF, anda boleh buat 2 kali sehari hidangan . Atau utk lebih jimat ,anda boleh buat smooties CDF ,malam hari guna CDF powder pagi hari boleh guna cdf smooties. Atau cara lain ingin jimat lagi?.. Extrakan sumber makanan yang mempunyai protien, sebagai contoh ayam dan lebihkan sedikit buah yang sesuai. Pastikan jangan lupa tentang CDF instant, kenapa? Sebab dalam cdf ada protien dan vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan sugar glider . Kami harap disini dapat membantu untuk mudahkan anda .

Q- APAKAH BAHAN RAMUAN CDF SERTA KANDUNGAN NUTRISI ?

A- Bahan adalah Fish meal , Chicken meal , Kalsium, Omega 3&6 serta Vitamin dan mineral.

A- Kandungan Nutrisi boleh lihat gambar dibawah ini. Rujukan file : MARDIab/TC/2018-0248

Q- ADAKAH CDF SELAMAT DIBERIKAN KEPADA SEMUA UMUR DAN DIGUNAKAN SETIAP HARI?

A- Ya ,Kami sangat menggalakkan diberikan setiap hari mengikut sukatan yang tertera pada label produk. Pemberian sesuai diberikan untuk semua umur. Kandungan bahan ramuan kami telah khususkan khas untuk kegunaan setiap hari bagi memenuhi pemakanan nutrisi yang seimbang. Sesuai dengan yang kami cipta ‘Nama’ Completed Daily Food’  

Kami juga guna bersama kerana sudah tentu kami yang membuat produk ini. sejak kami ditubuhkan pada tahun 2010- sehingga 2021 telah ramai pelangan kami guna dengan sebaiknya dan dapat kelebihan seperti yang kami beritahu pada label produk. Malah telah ramai kami lahirkan dari pengguna menjadi sebahagian rakan /agent niaga untuk disebarkan tentang kebaikan ini. Mereka juga jadi salah satu testimoni sendiri. Anda boleh melihat senarai agent kami serta testimoni mereka. Jika anda mendapat info salah anda boleh merujuk kepada kami. Kita Sangat faham sejak penubuhan CDF, kami menarik bualan ramai dan ada musuh kami dalam erti kata , adat berniaga ada saja yang tidak suka.  Kami yakin terhadap usaha kami dalam membantu semua peminat yang boleh menerima kami.

https://cdfsugarglider.com/testimoni

Anda boleh tekan “link 🔗 pautan diatas”. 

 Q- BAGAIMANA PERBEZAAN PRODUK CDF DENGAN PRODUK LAIN DIPASARAN? 

A- CDF keluaran Malaysia dan bahan digunakan tidak sama seperti produk lain maka sudah tentu cara guna berlainan. Kami tidak mahu membezakan, kerana boleh menyebabkan salah faham dan kami tidak mahu membandingkan. Kami boleh sentuh berkenaan CDF sahaja sebagai contoh gabungan ramuan kami memberikan tindak balas yang seimbang dalam penyerapan sumber protein , karbohidrat dan mineral vitamin dan kalsium pada tubuh badan sugar glider. CDF bukan saja makanan harian biasa dan telah banyak merawat masalah kaki lumpuh, susut berat badan glider, masalah tumbesaran, masalah penghadaman dan masalah bulu gugur. Bagi yang sihat bila diberikan harian sugar glider akan bertambah sihat. Tidak risau dengan keguguran bulu atau kaki lumpuh, yang menariknya CDF dapat mengurangkan bau pencernaan. Kami berikan sebagai contoh lain berkenaan pembesaran sugar glider reject (terpisah awal).  Sebenarnya banyak lagi info serta testimoni kami,boleh ke bahagian menu website kami. Semoga CDF dapat membantu anda semua kepada mereka yang yakin pada kami. Cuba dulu..pasti berbaloi-baloi.

Cara Jaga reject joey -cara kami CDF -proven

 

1,124 total views, 1 views today

2 thoughts on “SOALAN & JAWAPAN (Q&A)”

    1. terima kasih membeli dan mengunakkan produk kami
      jawapan : cdf boleh bertahan selama 12-24jam jika tidak dikotori dengan najis glider, teknik kami memberi makan adalah pada waktu malam ,supaya cepat habis dimakan.
      cdf di dalam botol yang kedap udara, boleh bertahan selama 1tahun lebih. jika mempunyai masalah lain sila wasap kami di 0122662239

Leave a Reply to Hakimi Jasoffy b Arman Jasoffy Cancel reply

Your email address will not be published.